Friday, 19 May 2017

Pesan Ibu Beribu-ribu

Kita ada IBU,
IBU kita satu,
Pesannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita, diiringi pesan ibu
    "Buat bergini, jangan buat bergitu"
    "Baca buku selalu kukuhkan diri dengan ILMU"
    "Pilihlah kawan yang mulia hatinya,
Tolaklah kawan yang pementing diri"
     "Pilihlah kawan yang punya petunjuk
Bukan kawan yang bertabiat buruk"

IBU yang satu menyekat kita di pintu,
Bertanya kemana arah tuju
    "Mahu kemana"
dan sentiasa berpesan di hujung pertanyaan
    "Jagalah diri selalu, 
  di luar sana mungkin bencana menunggu."

Kita menjadi jemu,
Mendengar pesan IBU beribu-ribu
tapi IBU tetap Ibu.
Pesan Ibu bertambah satu persatu
     "Jangan dibiar kepala berkutu
cari la ubat jerawat batu."


Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
   "pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap,
ada masa termasuk perangkap.
si bendul sudah tertangkap, 
si bendul di dalam lokap"

Dia menyatakan kesalnya dia,
kerana dia alpa

KATANYA,

"Ibu berpesan sejak dulu,
    Pilih kawan yang bermutu, bukan berhantu"
mengenang nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu. Ya yang beribu itu.

IBU,
Ku yakin kini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
Berilah pesanan beribu-ribu,
Aku tidak akan jemu

Kerana engkau seorang yang sempurna,
dengan pesanan beribu-ribu.

No comments:

Post a Comment