Sunday, 21 May 2017
H I N A A N
------------
Seburuk apapun penilaian orang terhadapmu, jangan pernah hiraukan kerana sesungguhnya hidup bukan untuk mendapatkan pujiannya tetapi untuk mengharapkan RedhaNya.
Jika ada yang menilaimu buruk maka tersenyumlah dan lupakan perkataannya.
Jika ada yang memandangmu hina, maka biarkanlah kerana sesungguhnya kamu indah hanya di mata Sang Pencipta.
Hidup kita bukan tentang mereka atau bagaimana untuk mendapatkan berjuta pujian darinya tetapi Hidup kita adalah tentang Bagaimana Allah Redha atas apa yang kita lakukan.
Biarkan..
Biarkan saja orang berkata buruk kerana mereka hanya melihat tanpa mengetahui tentangmu..
Biarkan..
Biarkan saja orang memandang rendah kerana pandangan mereka tidak bermakna engkau rendah disisi Allah.
Ingatlah bahwa semakin besar pohon itu maka akan semakin kuat angin yang akan mencuba menerpanya.
Belajarlah dari sebuah pohon. Sekuat apapun angin menerpa dia tak pernah membencinya.
Seperti itulah kita, seburuk apapun penilaian orang terhadap kita maka semakin sayanglah kita padanya.
Teruslah berjalan kepada Allah dengan penuh harapan walau dengan segala kekurangan dan kelemahan. Sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Carilah persahabatan yang boleh mengubah diri dari keburukan kepada kebaikan.
Friday, 19 May 2017
Pesan Ibu Beribu-ribu
Kita ada IBU,
IBU kita satu,
Pesannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita, diiringi pesan ibu
"Buat bergini, jangan buat bergitu"
"Baca buku selalu kukuhkan diri dengan ILMU"
"Pilihlah kawan yang mulia hatinya,
Tolaklah kawan yang pementing diri"
"Pilihlah kawan yang punya petunjuk
Bukan kawan yang bertabiat buruk"
IBU yang satu menyekat kita di pintu,
Bertanya kemana arah tuju
"Mahu kemana"
dan sentiasa berpesan di hujung pertanyaan
"Jagalah diri selalu,
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu,
Mendengar pesan IBU beribu-ribu
tapi IBU tetap Ibu.
Pesan Ibu bertambah satu persatu
"Jangan dibiar kepala berkutu
cari la ubat jerawat batu."
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
"pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap,
ada masa termasuk perangkap.
si bendul sudah tertangkap,
si bendul di dalam lokap"
Dia menyatakan kesalnya dia,
kerana dia alpa
KATANYA,
"Ibu berpesan sejak dulu,
Pilih kawan yang bermutu, bukan berhantu"
mengenang nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu. Ya yang beribu itu.
IBU,
Ku yakin kini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
Berilah pesanan beribu-ribu,
Aku tidak akan jemu
Kerana engkau seorang yang sempurna,
dengan pesanan beribu-ribu.
Subscribe to:
Comments (Atom)