Thursday, 15 September 2016

Jodoh Tidak Pernah Salah

Manusia datang dan pergi.

Mudah, semua kehendak Tuhan. Secara kebetulan atau tidak disengajakan.

Bila dia datang untuk menguji, lalu berlalu pergi. Syukur, masih ada yang sayang. Masih ada yang peduli. Tuhan mahu kau kuat dan tabah dari dahulu, dari biasa. Moga kau tak mudah jatuh pada perkara yang sia-sia.

Bila dia pergi walau sudah terikat janji. Jangan kecewa dan patah hati. Sabar, syukur, Tuhan mahu menggantikan yang lebih indah dari ini, lebih baik. Siapa tahu.

Walau apa pun fasa hati kau sekarang ini, ingat Tuhan. Percaya. Bahagia dan cinta punya Dia. Bukan kita. 💞

No comments:

Post a Comment