dan aku rumit
aku perempuan
dan segalanya okey di mulut,
tapi tidak di hati.
aku perempuan,
yang banyak berfikir,
tentang semua benda yang belum
pasti terjadi.
aku perempuan,
yang sangat peduli,
tentang apa yang orang,
sekeliling sangat peduli.
aku perempuan,
dan aku suka bercantik,
dan bila ada yang lebih cantik
aku tercabar, terasa.
aku perempuan,
yang merajuk mahu di pujuk,
bila tiada siapa yang memujuk,
aku mula rasa diri,
hanya pungguk.
aku perempuan
yang mahu di fahmi
dengan belaian,
tapi aku gambarkan
dengan bebelan.
aku perempuan dan aku rumit.


No comments:
Post a Comment